top of page

Fiena

&

Amin

Undangan Majlis

Doa Kesyukuran

16 | Oktober | 2020

songket maroon 2.png
bismillah grey.png

 Ya Qadhi Al Hajat

Walimatul Urus 

Awang Haji Amir bin Awang Ibrahim

Pengiran Hajah Sepiah binti Pengiran Ahmad

Awang Johardy Yufri bin Awang Haji Amir

Dayang Nordiyanah binti Awang Haji Amir

Awang Rasyad Faiz bin Awang Haji Amir

Dengan penuh hormat dan takzim sukacita menjunjung Pengiran berangkat / mempersilakan Pehin / Dato / Datin / Awang / Dayang hadir ke majlis Doa Kesyukuran anak / adik peramba / kakak peramba/abis kaola / kami:

Dayang Norsafiena binti Awang Haji Amir

&

Awang Mohamed Zainol Amin bin Haji Awang Mohammad Jaafar

Pada:

Hari Jumaat

16hb | Oktober | 2020M

28-Safar-1442H

Tempat:

Tingkat 3, Damai Ballroom,

Aman Hills Hotel Simpang 30 Jalan Aman,

Kampung Manggis, Negara Brunei Darussalam

Aturcara:​

7:30 malam - 8:00 malam:

Menerima Jemputan


8:15 malam:

Majlis dimulakan


Bacaan doa kesyukuran


Menikmati Jamuan

Diatas keberangkatan Pengiran / kehadiran Pehin / Dato / Datin / Awang / Dayang hadir ke majlis ini, terlebih dahulu abis peramba / kaola / kami sekeluarga dengan tulus ikhlas menyembahkan / mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih / terima kasih.

DOA PENGANTIN

Maha Penyayang dengan limpah kurniaMu, kami mohon berkatilah perkahwinan kedua mempelai ini,

 

Awang Mohamed Zainol Amin

bin Haji Awang Mohammad Jaafar

Dengan

Dayang Norsafiena binti Awang Haji Amir

 

Kurniakanlah mereka sebuah rumahtangga seindah rumahtangga Adam & Hawa, setabah Yusuf & Zulaikha, sesetia Sulaiman & Balqis, serta sesuci rumahtangga junjungan kami Salallahu’ Alaihi Wasalam & Khatijah.

 

Pancarkanlah sinar kebahagiaan ke dalam hidup mereka, pimpinlah mereka dalam membina sebuah keluarga Sakinah (bahagia) penuh dengan Mawaddah (cinta) dan Rahman (kasih sayang), serta tunjukkan keduanya ke jalan lurus yang Engkau Redhai.

 

Jadikanlah mereka berdua suami yang soleh dan isteri solehah, panjangkanlah umur mereka, mewahkanlah rezeki mereka, kurniakanlah mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh yang mampu menjadi penyejuk mata dan penenang hati mereka.

 

Semoga jodoh perkahwinan ini berpanjangan di dunia dan di akhirat.

Untuk Peringatan Bersama

Seperti yang sudah maklum, berpandukan nasihat dan garis pandu yang telah dikeluarkan oleh kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam:

 

1. Jumlah tetamu yang hadir adalah terhad dalam satu masa dan kanak-kanak dibawah umur 15 tahun kebawah adalah tidak digalakan untuk hadir bagi mengelakkan perkumpulan ramai (Mass Gathering).

 

2. Mengutamakan penjarakkan social

(Social Distancing).

 

3. Tidak berjabat tangan (No Handshake).

 

4. Menggunakan Pembersih Tangan (Hand Sanitizer).

 

 

5. Majlis akan bermula mengikut waktu yang ditentukan.


Sehubungan dengan ini, bagi pihak keluarga peramba / kaola / saya ingin memohon maaf atas kesulitan tersebut dan memohon agar biskita bersama-sama mendoakan agar perkahwinan anakanda kami ini berkekalan hingga ke akhir hayat dengan penuh Berkat dan Syafa’at dari Allah S.W.T. Amin Amin Yarrabal ‘Alamin.

Sekian Terima Kasih.

LOKASI

RSVP

bottom of page