
Amin
&
Fiena
Undangan Majlis
Doa Kesyukuran
16 | Oktober | 2020


Ya Qadhi Al Hajat
Walimatul Urus
Haji Awang Mohammad Jaafar bin Dato Paduka Haji Awang Noordin
Hajah Dayang Zakiah binti Pehin Orang Kaya Di Gadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Mohamed Yusof
Hajah Dayang Jafriah binti Haji Awang Mohammad Jaafar
Haji Awang Mohamed Shahrum bin Haji Awang Mohammad Jaafar & Isteri
Awang Mohamed Shahrol bin Haji Awang Mohammad Jaafar & Isteri
Haji Awang Mohamed Zainol Bahrin bin Haji Awang Mohammad Jaafar & Isteri
Dengan penuh hormat dan takzim sukacita menjunjung Pengiran berangkat / mempersilakan Pehin / Dato / Datin / Awang / Dayang hadir ke majlis Doa Kesyukuran anak / adik peramba / abis kaola / kami:
Awang Mohamed Zainol Amin bin Haji Awang Mohammad Jaafar
&
Dayang Norsafiena binti Awang Haji Amir

Pada:
Hari Jumaat
16hb | Oktober | 2020M
28-Safar-1442H
Tempat:
Tingkat 3, Damai Ballroom,
Aman Hills Hotel Simpang 30 Jalan Aman,
Kampung Manggis, Negara Brunei Darussalam
Aturcara:
7:30 malam - 8:00 malam:
Menerima Jemputan
8:15 malam:
Majlis dimulakan
Bacaan doa kesyukuran
Menikmati Jamuan
Diatas keberangkatan Pengiran / kehadiran Pehin / Dato / Datin / Awang / Dayang hadir ke majlis ini, terlebih dahulu abis peramba / kaola / kami sekeluarga dengan tulus ikhlas menyembahkan / mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih / terima kasih.
DOA PENGANTIN
Maha Penyayang dengan limpah kurniaMu, kami mohon berkatilah perkahwinan kedua mempelai ini,
Awang Mohamed Zainol Amin
bin Haji Awang Mohammad Jaafar
Dengan
Dayang Norsafiena binti Awang Haji Amir
Kurniakanlah mereka sebuah rumahtangga seindah rumahtangga Adam & Hawa, setabah Yusuf & Zulaikha, sesetia Sulaiman & Balqis, serta sesuci rumahtangga junjungan kami Salallahu’ Alaihi Wasalam & Khatijah.
Pancarkanlah sinar kebahagiaan ke dalam hidup mereka, pimpinlah mereka dalam membina sebuah keluarga Sakinah (bahagia) penuh dengan Mawaddah (cinta) dan Rahman (kasih sayang), serta tunjukkan keduanya ke jalan lurus yang Engkau Redhai.
Jadikanlah mereka berdua suami yang soleh dan isteri solehah, panjangkanlah umur mereka, mewahkanlah rezeki mereka, kurniakanlah mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh yang mampu menjadi penyejuk mata dan penenang hati mereka.
Semoga jodoh perkahwinan ini berpanjangan di dunia dan di akhirat.
Untuk Peringatan Bersama
Seperti yang sudah maklum, berpandukan nasihat dan garis pandu yang telah dikeluarkan oleh kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam:
1. Jumlah tetamu yang hadir adalah terhad dalam satu masa dan kanak-kanak dibawah umur 15 tahun kebawah adalah tidak digalakan untuk hadir bagi mengelakkan perkumpulan ramai (Mass Gathering).
2. Mengutamakan penjarakkan social
(Social Distancing).
3. Tidak berjabat tangan (No Handshake).
4. Menggunakan Pembersih Tangan (Hand Sanitizer).
5. Majlis akan bermula mengikut waktu yang ditentukan.
Sehubungan dengan ini, bagi pihak keluarga peramba / kaola / saya ingin memohon maaf atas kesulitan tersebut dan memohon agar biskita bersama-sama mendoakan agar perkahwinan anakanda kami ini berkekalan hingga ke akhir hayat dengan penuh Berkat dan Syafa’at dari Allah S.W.T. Amin Amin Yarrabal ‘Alamin.
Sekian Terima Kasih.