Undangan Majlis
Akad Nikah
Walid
&
Fa'dhilah
Juma'at | 17 | 2021
12 Jamadilawal 1443H
Disember
Friday, 17th December 2021
Doa untuk Pengantin
Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Berkatilah kedua pengantin baru kami ini,
Abdul Walid bin Haji Metusin
dengan
Nur Fa ’dhilah @ Nur binti
Awang Haji Wasli
Sinarilah antara keduanya rasa kecintaan dan kasih sayang. Tunjukkanlah mereka berdua jalan takwa dan jalan yang lurus lagi benar.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, Sempurnakanlah ke atas mereka berdua segala nikmat Tuhan kami. Luaskanlah segala rezeki Tuhan kami kepada mereka berdua. Selamatkanlah mereka berdua daripada segala tipu daya makhluk, serta jauhkanlah mereka berdua daripada akhlak yang buruk.
Ya Allah, berkatilah Majlis Akad Nikah ini, limpahkan berkah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirah dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin
Ya Qadhi Al Hajat
MajlisAkad Nikah
Dengan penuh hormat dan takzim sukacita memaklumkan Pengiran Dato/ Pengiran dan mempersilakan Pehin/ Dato/ Datin/ Awang dan Dayang untuk menyaksikan Majlis Akad Nikah bagi Anakanda/ Adinda abis Peramba/ Kaola/ Kami, melalui Penstriman Langsung (Live Streaming) di Instagram, Facebook dan Zoom.
Abdul Walid bin Haji Metusin
dengan
Nur Fa ’dhilah @ Nur binti
Awang Haji Wasli
Pada:
Hari Juma'at
17hb | Disember | 2021M
12hb-Jamadilawal-1443H
Aturcara:
Majlis Akad Nikah
Secara Penstriman Langsung – Instagram, Facebook dan Zoom:
Penstriman Langsung bermula jam 2:30 petang hingga selesai
โ
Di atas kesudian Pengiran Dato/ Pengiran/ Pehin/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan/ Awang dan Dayang untuk menyaksikan Majlis Akad Nikah ini nanti, Peramba/ Kaola/ Kami dari dua belah pihak keluarga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih.
Yang Berharap
Haji Metusin bin Haji Ibrahim & Hajah Rohana binti Abdul Hamid serta keluarga
Dayang Hajah Nafsiah binti Abang
Haji Ghazalli & Keluarga
Makluman:
Majlis ini diadakan menurut peraturan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan, nasihat dan undang-undang serta garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Perdana Menteri, Brunei Darussalam mengenai perkumpulan ramai (Mass Gathering). Para jemputan yang hadir di kediaman adalah terhad dan terkandung oleh kedua belah ahli keluarga pengantin sahaja. Sehubungan dengan itu, pihak kedua belah keluarga pengantin ingin memohon maaf atas kekurangan dan kami memohon agar biskita faham dan mengikuti akan peraturan yang telah tersedia.
Sampaikanlah ucapan tahniah kepada pengantin di ruangan komen di bawah ๐๏ธ
Simpan tarikh majlis ke kalendar ๐๏ธ